Tampilkan postingan dengan label hebat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hebat. Tampilkan semua postingan

Minggu, 29 Desember 2013

 14 Nov 2013
Wellington - Pernyataan seorang peguam tertuduh kes pemerkosaan di New Zealand menuai kritikan tajam. Dalam argumennya di dalam perbicaraan, peguam ini memberitahu mangsa bahawa seharusnya dia merapatkan kakinya jika tidak ingin diperkosa.

Peguam itu,   Keith Jefferies   menyampaikan pernyataan kontroversi  tersebut ketika membela kliennya di Mahkamah Daerah   Wellington. Jefferies mewakili kliennya, George Pule, yang seorang penjaga kelab malam di Wellington.

Mangsanya adalah seorang wanita berusia 20 tahun. Surat khabar setempat, Dominion Post, melaporkan bahawa korban sedang  mabuk ketika suspek datang mendekatinya dan mengajaknya masuk ke dalam kelab malam. Namun ternyata terdakwa membawa korban ke sebuah tempat sepi dan memperkosanya.

Jefferies pun mengatakan bahawa ketika kejadian korban sama sekali tidak melawan atau berteriak minta tolong. "Yang seharusnya dia (korban) lakukan adalah merapatkan kedua kakinya... sangat sederhana bukan," ucap Jefferies ketika menutup argumennya dalam perbicaraan , seperti dilapor AFP, Khamis (14/11/2013).

"Kenapa dia tidak melakukan itu? Alasan dia tidak melakukannya kerana hubungan seks itu dilakukan atas dasar suka sama suka, semudah itu," tambahnya.

Dominion Post mengutip pernyataan pendakwaraya Geraldine Kelly yang menyatakan bahawa mangsa tidak melakukan perlawanan kerana dia takut terhadap suspek. 

"Tidak, dia tidak melakukan perlawanan, dia tidak berteriak minta tolong, dia tidak berlari ke jalanan sambil berteriak Pemerkosaan! Tapi ini bukanlah acara televisyen Amerika, ini adalah kehidupan nyata. Dia (korban) ketakutan, dan dia tidak ingin membuat situasi semakin buruk," jelas Kelly dalam perbicaraan itu 

Senin, 23 Desember 2013


Persembahan penyanyi remaja Miley Cyrus dikritik hebat sesetengah pelayar laman video Youtube apabila ramai mengatakan aksinya ketika beraksi di pentas Anugerah Muzik Video MTV semalam sebagai sesuatu yang keterlaluan.

Ketika mendendangkan lagu hits terbarunya, We Can’t Stop, Cyrus sentiasa menjelirkan lidahnya selain beraksi separa lucah dengan penyanyi duetnya, Robin Thicke ketika menyampaikan lagu popular Thicke, Blurred Lines.


Miley yang mula popular dengan siri drama terbitan Disney Channel, Hannah Montana kini diihat seakan-akan berusaha terlalu keras untuk membuang imej gadis baik atau ‘girl next door’ ketika zaman Hannah Montananya.

Malah kebanyakan selebriti yang hadir turut dilihat kurang menyenangi aksi yang dipaparkan Cyrus kerana majlis itu disiarkan secara langsung dan tindakannya itu adalah tidak wajar untuk tontonan peminat-peminat ciliknya.

Oleh: AUDREY LEE
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!