Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Februari 2014

milo suam


Blogger Milo Suam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Polis dijangka akan mengadakan sidang media sebentar lagi bagi menerangkan dan akta penulis blog tersebut ditahan.
Difahamkan, penahanan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas berhubung penahanan berkenaan lewat malam tadi.
Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam kerana menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.
Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
(Sumber: UtaraNews)

Jumat, 27 Desember 2013

Selamat tahun baru kami ucapkan kepada semua dan apa yang kamu inginkan di tahun baru kami doakan semoga tercapai. Untuk pembuka tirai berita hiburan pada tahun baru ini adalah seorang pelakon dan model wanita terkenal telah ditahan polis kerana menyimpan dadah.


Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang seorang pelakon & model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu telah ditahan bersama teman lelaki di rumah mereka.

Dalam serbuan polis di kediaman mewah di Damansara Damai, pelakon berusia 26 tahun didapati menyimpan dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.


“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan & mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri”

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera tutup semula selepas menyedari kehadiran polis,” jelas sumber.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!